Selaku Badan Peneraju Industri (ILB) yang telah dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi sektor perladangan dan komoditi, IMPAC telah menganjurkan Kursus Induksi Pentauliahan (PP-PPD-PPB) kepada pegawai-pegawai pusat latihan dibawah IMPAC yang melibatkan seramai 27 orang yang terdiri daripada sektor sawit, getah, perkayuan, koko, lada dan kenaf. Kursus Induksi Pentauliahan ini adalah lanjutan daripada kursus pengenalan SPKM yang telah diadakan pada Mac lalu yang merupakan syarat wajib bagi setiap personel Pusat Bertauliah sebelum dilantik sebagai Personel Pentauliahan.
Pelaksanaan Kursus Induksi Pentauliahan ini juga merupakan usaha ke arah pemerkasaan dan pemantapan TVET dalam sektor agrikomoditi.
#TVET@IMPAC
#badanpenerajuindustriagrikomoditi